`

Yayasan Prihatin Insan (YPI) adalah sebuah Yayasan yang sentiasa aktif menganjurkan aktiviti berbentuk kebajikan, pendidikan dan misi bantuan kemanusiaan.

Bertemakan slogan “Anda Memberi Kami Menyampaikan”, YPI komited melaksanakan program kebajikan, pendidikan dan misi bantuan kemanusiaan terhadap anak-anak yatim, ibu tunggal, OKU, golongan fakir dan miskin serta mereka yang memerlukan.

YPI juga sentiasa berusaha untuk menjalinkan kerjasama strategik dengan badan-badan kebajikan daripada sektor kerajaan, swasta dan NGO bagi memperluaskan aktiviti kebajikan sekaligus mencapai Visi dan Misi YPI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *